Showing posts with label hubungan. Show all posts
Showing posts with label hubungan. Show all posts

Sunday, September 9, 2012

Semalam

semalam aku rasa kan kehangatan
hangatnya hubungan persahabatan kita
aku kau kita semua bergembira bersama
menari, dihempap, disepak, ditolak
namun
kita masih mampu senyum
kerana kita semua insan steadyy!

semalam kita meredah jalan,
menuju ke sebuah tempat yang bisa menyatukan kita semua.
perjalanan kurang lebih tiga jam itu kita harung dengan senyum gelak tawa dan gembira
bahagia!
ya semalam aku rasa bahagia bersama kalian.

semalam membuktikan kata bahawa musik menyatukan kita semua.
benci bagaimana namun bila musik bergema, kita berdansa kita tetap bersama,
ahh kesah apa. yang penting semua gembira.

semalam tercipta satu lagi lipatan sejarah hubungan persahabtan kita, harap dilipat dan disimpan dalam benak dan kotak ingatan.

dalam kenangan #Gego2012 Bukit Timbalan,JB

Tuesday, August 28, 2012

Kerinduan

gua rindu! RINDU! lu paham tak R I N D U?
mana hilang kalian?
gua rindu asap bersama,
gua rindu suap kunyah bersama,
gua rindu tumbok sepak terajang bersama,
jangan cakap kalian suadah lupa segala kenangan kita bersama,
mohon jangan nak celaka sangat,
hahh jangan reti nak senyum senyum je,
mohon meriahkan balik belog osem neh.
mohon paham erti rindu gua ni ya.

sekian,


@fatynbahrin

Thursday, July 12, 2012

Set

Usia kita terlalu muda.
jangan kita sempit dengan benda sia sia.

sebelum kita bersama,
kau ada set kawan kau,
aku ada set kawan aku,
dan selepas kita bersama,
aku tak mintak kau lupa set kawan lama kau,
aku harap kau juga tak minta yang sama.

kerna kita manusia biasa,
punya jalan hidup kisah yang berbeza.
jangan kita sempitkan ruang yang ada.
live you life.

tak usah kau cemburu,
tak usah kau mengongkong.
kita tetap akan bersama,
hubungan kasih yang ada takkan pernah putus
meski set kau bertambah ikut masa.

selagi kasih dan sayang bersemadi di hati kita,
mustahil untuk ini bubar musnah di telan masa.


@Fatynbahrin

Peringatan

Kita kawan.
Kita keluarga.
Kau lah abang,
Kau lah akak,
Kau lah adek,
Kau lah sahabat.

Namun.

Takkan sekali "kau lah musuh"

manakan mungkin keluarga dijadi musuh,
sedangkan air dicincang takkan putus.

Ya.

kita tiada talian darah.
tapi kita punya talian rasa.

Jangan dek kerana bende kecik kita nak berantakan punahkan segala yang ada.
Itu sia sia.

Kau Aku Kita Mereka,
bersama tolak bersama ansur.
jangan Kau pentingkan Kau.
jangan Aku pentingkan Aku.

sama tegur sama terima.
andai terima ubah bersama.

sebab

cakap je tak guna bai. ;)



@Fatynbahrin

Sunday, July 8, 2012

Wujud



Tak tahu macam mana nak mula. Perkenalan yang tidak pernah dirancang, serasi yang tak pernah di uji kaji. Kami berjalan mengikut rentak. Berkenalan lewat masa. Tanpa kami sedar kami semakin rapat semakin akrab. Hingga wujudnya TheBumbungs. Asal mula teman lepak bazir masa. Atas bumbung kami akrab bersama. Itu sebab "TheBumbungs". Wujud kami tak ber-ibu tak ber-bapa. Kami bersama atas satu rasa. Serasi. Ya ada rasi antara kami. Yang menjadi pengikat kuat hubungan yang ada kini. Ada tujuh semuanya. Tujuh kepala, Tujuh akal, namun Satu hati hendaknya.

Usia perkenalan kami boleh kata masih muda. Namun kenal kami seolah bertahun lama. Harap rasa, rasi, kasih yang ada kini mekar subur disetiap lubuk hati. Jadikan ini sebuah persahabatan yang kekal sampai mati. Andai ada pertelingkahan kenangkan kembali saat indah kita bersama. Boleh abang abang? boleh akak? boleh adek? boleh kawan kawan? boleh sahabat sahabat? (baik lu orang cakap boleh, gua tampar kalau lu berani cakap tak!) 


sekian,



@FatynBahrin